Berikut adalah bagaimana pelayan slug.uum.edu.my dikonfigurasi
Sumber berikut perlu di download.

Apache 1.3.12
http://www.apache.org/dist/apache_1.3.12.tar.gz

PHP4 4.0.2
http://www.php.net/downloads.php

MySQL 3.22.32
http://www.mysql.org/Downloads/MySQL-3.22/mysql-3.22.32.tar.gz

Saya cadangkan supaya mencipta satu direktori /downloads untuk menyimpan kesemua fail yang di download.
mkdir /downloads

tar -zxvf apache*.tar.gz
tar -zxvf php*.tar.gz
tar -zxvf mysql*.tar.gz

Pertama, kita mesti mengkonfigurasi MySQL (Pelayan pengkalan data):

cd mysql*
./configure --prefix=/usr/local/mysql  (Perhatian: Jangan meninggalkan "noktah" di awal pernyataan)
make
make install
cd /usr/local/mysql/bin
./mysql_install_db
./safe_mysqld >/dev/null &
./mysqladmin -u root password 'password-anda'

Ini akan membolehkan MySQL dijalankan. Bagi membolehkan MySQL dijalankan secara otomatik setiap kali boot, sila tambahkan arahan ini:

./safe_mysqld >/dev/null & 

ke fail berikut:
/etc/rc.d/rc.local (bagi sistem Redhat) and
/etc/init.d/rcS (bagi sistem Debian GNU)

Seterusnya, kita akan mengkonfigurasi Apache (Pelayan web)

cd /downloads/apache_1.3.12
./configure --prefix=/usr/local/apache --enable-shared=max
make
make install

Sekarang Apache telah dikompil dah boleh dijalankan.

Akhir sekali, kita akan mengkonfigurasi PHP

cd /downloads/php-4.0.2
./configure --with-apxs=/usr/local/apache/bin/apxs \ --with-config-file-path=/usr/local/apache/conf \ --with-mysql --enable-debug=no \ --enable-track-vars
make
make install

Arahan-arahan di atas akan mengkompil dan menginstalasi PHP dengan komponen-komponen yang diperlukan.
Sekarang, kita mesti akan memindahkan fail konfigurasi

cp php.ini-dist /usr/local/apache/conf/php.ini
cd /usr/local/apache/conf

Kemudian edit fail httpd.conf dengah arahan:
pico httpd.conf (pico merupakan satu editor teks yang menyerupai notepad, tetapi dengan arahan yang berbeza)

Kita mesti memastikan supaya fail configurasi ini menyokong kesemua modul PHP dan juga modul-modul lain.
Anda akan menemui beberapa arahan seperti di bawah:

LoadModule vhost_alias_module libexec...
LoadModule...
LoadModule php4_module libexec/libphp4.so
ClearModuleList
AddModule mod_vhost_alias.c
AddModule...
AddModule mod_php4.c

Sila tambah arahan di bawah sekiranya ia masih belum wujud:

AddType application/x-httpd-php .php .php3 .phtml
AddType application/x-httpd-php-source .phps

Tahniah. Anda telah selesai mengkonfigurasi sebuah pelayan web dengan kemudahah Server Side Includes PHP
Untuk memulakan apache sila taip arahan:

/usr/local/apache/bin/apachetcl start

bagi menghidupkan Apache anda.
(tambahkan arahan di atas ke /etc/rc.d/rc.local [redhat] atau /etc/init.d/rcS [debian] untuk membolehkan ia dijalankan secara otomatik setiap kali boot.

Sekiranya tiada mesej ralat dikeluarkan, anda boleh mengujinya dengan membuka satu browser (Netscape, IE, dll) dan ke URL:
http://localhost

Kesemua fail html anda akan disimpan di dalam /usr/local/apache/htdocs
Anda boleh menguji PHP dengan menaip skrip berikut:
Nama skrip: uji.php

<? phpinfo(): ?>

Halakan URL browser anda ke http://localhost/uji.php

Selamat mencuba!